Ketua Pengarah Pentadbiran Hal-Ehwal Pakar Asing Negara China (SAFEA), Zhang Jianguo berkata demikian ketika berucap dalam Persidangan Pertukaran Bakat-Bakat Profesional Antarabangsa (CIEP) ke-15 yang telah menutup tirainya di Shenzhen, provinsi Guangdong pada 16 April lalu.
Zhang berkata, bakat-bakat profesional dari negara asing bukan sahaja sumber penting dalam usaha untuk merealisasikan matlamat perjuangan "Dua 100 Tahun" yang dikemukakan oleh kerajaan China pada ketika ini, malah menjadi daya penggerak utama dalam pelaksanaan strategi pembangunan inovasi.
CIEP yang telah ditubuhkan sejak 2001 itu telah berjaya menarik penyertaan pelbagai bakat profesional, antaranya termasuklah sarjana dan pakar, tenaga kerja dari negara asing serta para pelajar asing yang melanjutkan pelajaran di China.