Perbelanjaan pelancong China di luar negara terus melebihi negara-negara lain pada tahun 2016, walaupun negara itu dihimpit dengan kelemahan mata wang dan kelembapan pertumbuhan ekonomi pada masa ini.
Demikian dimaklumkan Organisasi Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO) baru-baru ini.
UNWTO berkata, jumlah perbelanjaan pelancong China di negara asing mencatat USD26.10 bilion (kira-kira RM1.14 trilion) pada 2016, meningkat sebanyak 12 peratus berbanding dengan tahun 2015.
Anggaran tersebut bukan sahaja menandakan jumlah perbelanjaan pelancong China di luar negara kekal meningkat dua digit dalam tempoh 13 tahun berturut-turut, malah juga bermaksud China terus mengekalkan kedudukan negara berbelanja paling besar di luar negara dalam tempoh lima tahun berturut-turut, mengatasi Amerika Syarikat, Jerman, Britain dan Perancis.