Cari:
Pesta Filem Antarabangsa Beijing ke-7 Dirasmikan
2017-04-17 13:54:06 CRI Cetak

Pesta Filem Antarabangsa Beijing ke-7 yang akan berlangsung selama tujuh hari telah dirasmikan semalam.

Menurut Naib Setiausaha Eksekutif Jawatankuasa Penganjur Pesta Filem Beijing, Hu Dong, kali ini sebanyak lebih 300 aktiviti bakal dianjurkan, selain majlis perasmian dan penutupan, juga diadakan pertandingan Anugerah "Tiantan", tayangan filem, forum, karnival filem serta aktiviti-aktiviti lain seperti tayangan filem dokumentari, filem klasik Opera Beijing, filem Internet dan filem muzikal.

Menurut maklumat berkenaan, dalam tempoh pesta filem kali ini, terdapat hampir 500 filem akan ditayangkan di 30 buah pawagam di Beijing dan pusat kebudayaan di universiti.

Dalam pada itu, beberapa filem dari negara-negara yang terlibat dengan inisiatif "Jalur dan laluan" (B&R) juga ditayangkan di pesta tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China