Cari:
112 Puak Syiah Maut dalam Serangan Bom Kereta
2017-04-17 15:04:20 CRI Cetak

Sebanyak 112 puak Syiah maut, manakala lebih 100 lagi cedera apabila konvoi bas yang membawa beribu-ribu puak Syiah terbabit dalam serangan bom kereta berani mati di Rashideen, sebelah barat Aleppo, Syria kelmarin.

Menurut laporan Agensi Berita Syrian Arab (SANA), pada hari yang sama, pegawai dan penduduk bandar Aleppo telah mengadakan perhimpunan besar-besaran bagi membantah serangan tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, melalui jurucakapnya, turut mengecam serangan tersebut dan menyeru pihak berkuasa agar terus memburu dan menghukum pengganas yang terlibat.

Menurut perjanjian yang telah dicapai antara kerajaan Syria dengan militan pemberontak, lebih 2,300 militan pemberontak dan keluarga mereka telah diatur keluar dari pekan Zabadani dan Madaya, sebelah barat laut Damsyik ke wilayah Idlib yang dikawal oleh tentera pemberontak.

Sementara itu, kira-kira 5,000 orang dari puak Syiah telah diizinkan berundur dari pekan Kafraya dan Foa yang dikepung oleh tentera pemberontak ke Aleppo. Namun tentera pemberontak pernah cuba menghalang konvoi bas puak Syiah yang memasuki Aleppo dari Rashideen.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China