Cari:
Huang Dafa, Menggali Parit di Gunung yang Curam  
2017-04-18 16:29:51 CRI Cetak
Huang Dafa, yang berasal dari Kampung Tuanjie, daerah Bozhou, bandar Zunyi di bahagian barat China, hanya memfokus satu perkara sahaja dalam tempoh 36 tahun, iaitu menggali parit sepanjang 10 ribu meter di sebuah gunung yang curam, pada ketinggian lebih 300 meter. 

Musim bunga merupakan tempoh masa yang sibuk dengan aktiviti penanaman di Kampung Tuanjie.

Xu Guotai, seorang penduduk kampung sedang menyiram tanaman di ladang.

Hasil padi sering digunakan untuk pembiakan ikan peliharaan yang dijangka melebihi 1,000 kilogram pada tahun ini.

Namun, ketika mengimbas kembali peristiwa yang berlaku sebelum tahun 1995, Encik Xu berkata, kampung itu menghadapi masalah kemiskinan yang teruk kerana tuaian hasil pertanian yang amat sedikit, iaitu hanya jagung sahaja.

Keadaan tersebut disebabkan kurangnya bekalan air di kampung berkenaan.

Usaha membaiki kemudahan bekalan air mula dilakukan oleh Dafa pada tahun 1959.

Dafa yang dipilih sebagai ketua kampung pada ketika itu telah membuat keputusan untuk membina parit di kampung tersebut.

Kata beliau: "Rakyat begitu mempercayai saya. Maka, saya harus melakukan yang terbaik demi rakyat, khususnya bagi membantu mereka mengatasi masalah kemiskinan dan kekurangan bekalan air."

Sebenarnya, sumber air yang terdapat di kampung yang berdekatan tidaklah begitu jauh dari Kampung Tuanjie.

Oleh itu, usaha membina parit yang merentasi 3 buah gunung dan lebih 400 meter curam perlu dilakukan.  

Dafa boleh dikatakan orang pertama yang mengepalai usaha menggali parit di kampung tersebut.

Pada mulanya, usaha membina parit menghadapi pelbagai kesukaran dan cabaran kerana masing-masing kurang kemahiran.

Walaupun parit yang mengambil masa berbelas-belas tahun untuk disiapkan telah selesai dibina, namun air tetap tidak dapat mengalir ke kampung tersebut.

Sejak itu, barulah Dafa menyedari pentingnya kemahiran teknikal dalam menjayakan pembinaan parit berkenaan.

Ketika berusia 53 tahun, Dafa ditugaskan bekerja di sebuah stesen janakuasa elektrik.

Pengalaman selama tiga tahun bekerja di sana telah memberikan peluang kepada beliau untuk menambah ilmu dan kemahiran dalam sistem perparitan.

Ketika berusia 56 tahun, beliau sekali lagi mengetuai usaha menggali parit.

Namun, beliau menghadapi masalah kekurangan dana pula pada ketika itu.

Akhirnya, masalah itu berjaya diatasi hasil sokongan kerajaan dan sumbangan ikhlas penduduk kampung.

Kerajaan juga memberikan sokongan dari segi teknikal kepada penduduk Kampung Tuanji untuk membina parit.

Berkat usaha gigih selama tiga tahun, parit itu telah selesai dibina dan dapat membekalkan air untuk seluruh penduduk kampung.

Menurut seorang penduduk kampung, selepas mempunyai bekalan air yang mencukupi, penduduk kampung telah berjaya mengatasi masalah kemiskinan, sekali gus meningkatkan pendapatan melalui penanaman dan penternakan.

Kini, Kampung Tuanjie yang hanya mempunyai lebih seratus keluarga sahaja telah berjaya melahirkan lebih 30 mahasiswa.

Penduduk kampung yang kini semakin murah rezeki telah menamakan parit itu "Parit Dafa".

Sekarang, Dafa yang sudah berusia 81 tahun sering meninjau keadaan parit tersebut yang berjaya mengubah imej Kampung Tuanjie.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China