Cari:
Kerajaan Turki Lanjutkan Darurat Tiga Bulan
2017-04-18 13:39:08 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri Turki, Numan Kurtulmus malam semalam mengumumkan bahawa mesyuarat Kabinet memutuskan untuk melanjutkan tempoh darurat selama tiga bulan bermula 19 April ini.

Numan Kurtulmus memaklumkan keputusan tersebut selepas mesyuarat Kabinet berakhir semalam.

Mesyuarat Keselamatan Negara telah meluluskan cadangan pelanjutan tempoh darurat, yang kemudian diserahkan kepada mesyuarat Kabinet untuk dibincangkan.

Ini merupakan kali ketiga kerajaan Turki melanjutkan tempoh darurat.

Pada 3 Januari lalu, Turki telah melanjutkan tempoh darurat buat kali kedua, iaitu bermula dari 19 Januari.

Menurut undang-undang Turki, melaksanakan atau melanjutkan tempoh darurat perlu mendapat kelulusan Perhimpunan Agung Nasional Turki sebelum dikuatkuasakan.

Setelah rampasan kuasa tentera pada 15 Julai tahun lalu gagal, Presiden Recep Tayyip Erdogan telah mengisytiharkan perintah darurat

selama tiga bulan bermula pada 20 Julai, setelah diluluskan oleh perhimpunan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China