Cari:
China Lancar Pembaharuan Kemudahan Pemegang Kad Pemastautin Tetap
2017-04-18 14:45:05 CRI Cetak

Baru-baru ini, Kementerian Keselamatan Awam China memulakan rancangan pembaharuan bagi memberikan kemudahan kepada warga asing yang memegang kad pemastautin tetap (PR) di China.

Menurut rancangan itu, proses pembaharuan itu akan diselesaikan pada suku tahun kedua tahun ini.

Antara langkah pembaharuan tersebut termasuklah kad PR bagi warga asing yang boleh dibaca oleh mesin pengimbas.

Oleh itu, sebarang maklumat dapat dikongsikan oleh pelbagai jabatan kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan sosial yang lebih baik kepada mereka.

Selain itu, kerajaan juga akan terus menyediakan kemudahan dalam urusan pekerjaan dan kehidupan warga asing yang memegang kad tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China