Cari:
"Parit Dafa" Bawa Sinar Baharu kepada Penduduk Kampung
2017-04-19 16:42:47 CRI Cetak

Huang Dafa, bekas Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China Kampung Tuanjie, bandar Zunyi, provinsi Guizhou, mula mengetuai penduduk tempatan menggali sebatang parit yang merentasi curam sejak tahun 1960-an.

Projek yang mengambil masa selama 36 tahun itu melibatkan parit utama sepanjang 7,200 meter dengan cabang sepanjang 2,200 meter.

Projek tersebut berjaya menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air dan sistem pengairan di kampung tersebut, sekali gus membawa sinar baharu kepada pembangunan seluruh kampung, sehingga dipanggil "Parit Dafa" oleh penduduk tempatan.

Tang Enjv merupakan seorang penduduk Kampung Tuanjie yang menternak lembu.

Menurut Tang Enjv, beliau memperoleh pendapatan sebanyak RMB70 hingga 80 ribu (RM45 hingga 51 ribu) setahun hasil menternak 10 ekor lembu. Semuanya disebabkan bekalan air dari parit Dafa.

Menurut seorang penduduk kampung, selepas mendapat bekalan air yang mencukupi, penduduk kampung telah berjaya mengatasi masalah kemiskinan, sekali gus meningkatkan pendapatan melalui penanaman dan penternakan.

Sekarang, Huang Dafa yang sudah berusia 81 tahun sering meninjau keadaan parit tersebut yang dilihat banyak menyumbang kepada pembangunan Kampung Tuanjie.

Ketika dipuji orang ramai, Dafa yang menjawab sambil tersenyum berkata, "Memang wajar bagi saya melakukan perkara tersebut untuk mengubah kehidupan rakyat di sini. Saya tidak akan melupakan niat asal saya untuk terus melangkah ke hadapan".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China