Kecenderungan membaca melalui medium digital mencecah 68.2 peratus, meningkat 4.2 peratus berbanding dengan tahun 2015.
Akademi Penyelidikan Akhbar dan Penerbitan China (CAPP) telah mengeluarkan hasil tinjauan Amalan Membaca Negara ke-14 pada 18 April lalu yang menunjukkan bahawa tabiat membaca buku bercetak mencatat 58.8 peratus pada tahun 2016, naik 0.4 peratus berbanding dengan tahun 2015.
Setiap individu dewasa hanya membaca 7.86 buah buku pada tahun 2016, meningkat 0.02 buku berbanding dengan tahun 2015.
Membaca buku melalui telefon pintar mencecah 66.1 peratus, kekal meningkat dalam tempoh lapan tahun berturut-turut.