Cari:
Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R di Beijing
2017-04-19 14:09:53 CRI Cetak

Menteri Luar, Wang Yi dan Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Wang Xiaotao masing-masing memberikan penerangan mengenai Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R).

Menurut Wang Yi, forum tersebut akan diadakan di Beijing pada 14 hingga 15 Mei depan.

Presiden China, Xi Jinping akan menghadiri majlis perasmian serta mempengerusikan Sidang Kemuncak Meja Bulat.

Atas undangan Presiden Xi, ketua-ketua negara dan kerajaan dari 28 negara akan menghadiri forum kali ini, antaranya termasuk Presiden Indonesia, Joko Widodo, Presiden Laos, Boungnang Vorachith, Presiden Filipina, Rodirgo Duterte, Presiden Vietnam, Tran Dai Quang, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen dan penasihat negara Myanmar Aung San Su Kyi.

Tambah Wang Yi, forum kali ini bertemakan "Meningkatkan Kerjasama Antarabangsa, Membangunkan B&R, Mewujudkan Pembangunan Menang-menang".

Setakat ini, selain pemimpin tersebut, masih terdapat pegawai, sarjana, usahawan, tokoh-tokoh kewangan dan media dari 110 buah negara serta 89 pegawai dan wakil daripada 61 pertubuhan antarabangsa telah menyatakan persetujuan untuk menghadiri forum tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China