Cari:
Dewan Rakyat Britian Lulus Pilihan Raya Diadakan Awal
2017-04-20 11:06:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Usul yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Britian, Theresa Mary May untuk mengadakan pilihan raya pada 8 Jun depan, iaitu lebih awal daripada yang dijadualkan telah diluluskan dengan 552 undi menyokong, dan 13 undi menentang dalam pengundian Dewan Rakyat pada 19 April lalu.

Menurut peraturan berkenaan, pilihan raya Britain dapat diadakan lebih awal selepas usul tersebut memperoleh dua pertiga undi menyokong dalam Dewan Rakyat, dan tidak perlu lagi diluluskan oleh Dewan Pertuanan.

Pada hari yang sama, Theresa Mary May dalam perdebatan sebelum pengundian Dewan Rakyat menyatakan bahawa mengadakan pilihan raya lebih awal daripada yang dijadualkan dapat membantu Britain berjaya keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), di samping memastikan kestabilan negara itu dalam jangka masa yang panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China