Cari:
Ekonomi Negara Membangun Asia Timur Berprospek Baik
2017-04-20 13:00:29 CRI Cetak

Baru-baru ini, Bank Dunia mengeluarkan Laporan Setengah Tahun tentang Kawasan Asia Timur dan Pasifik yang menunjukkan bahawa dengan digalakkan oleh keperluan domestik yang semakin meningkat, dan pemulihan ekonomi sejagat serta harga komoditi pukal, ekonomi negara membangun di Asia Timur berprospek baik bagi tempoh tiga tahun akan datang. Selain itu, dengan sumbangan dari ekonomi yang berkembang secara berterusan dan penambahan pendapatan pekerja, kadar kemiskinan di rantau ini dijangka dapat terus menurun.

Laporan itu menjangkakan lagi bahawa perkembangan ekonomi China akan terus perlahan kerana sedang mengalami transformasi ke arah yang berorentasikan penggunaan dan perkhidmatan. Maka, kadar pertumbuhan ekonomi negara ini pada tahun 2017 dijangka mencatat kira-kira 6.5 peratus. Manakala, negara-negara lain termasuk entiti ekonomi besar di Asia Tenggara dijangka dapat meningkatkan kadar pertumbuhan ekonominya dari 4.9 peratus pada tahun 2016 ke 5 peratus pada tahun ini, bahkan ke 5.1 peratus pada tahun 2018. Jika ditinjau dari keseluruhan, kadar pertumbuhan ekonomi negara membangun di Asia Timur dan Pasifik akan mencatat 6.2 peratus pada tahun 2017 dan 6.1 peratus pada tahun 2018.

Menurut laporan itu, entiti ekonomi negara membangun dalam ASEAN dijangka akan berkembang dengan lebih cepat pada tahun 2017 dan 2018. Antaranya, kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka akan mencatat 4.3 peratus berikutan kerajaan menambah subsiti berkenaan dan peruntukan dalam pembinaan infrastruktur serta peningkatan eksportnya. Selain itu, ekonomi Indonesia dijangka meningkat dari 5 peratus pada tahun 2016 ke 5.2 peratus pada tahun 2017, manakala Vietnam dijangka mencapai kadar pertumbuhan 6.3 peratus pada tahun 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China