Cari:
Dialog Peringkat Tinggi China-EU di Beijing
2017-04-20 14:47:15 CRI Cetak

Dialog Strategik Peringkat Tinggi China-Kesatuan Eropah (EU) ke-7 yang dipengerusikan bersama oleh Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi dan Wakil Kanan Kesatuan Eropah (EU) bagi Dasar Keselamatan dan Hal Ehwal Luar, Federica Mogherini telah diadakan di Beijing semalam.

Yang Jiechi menyatakan bahawa persepakatan strategik yang dicapai pemimpin China dan Eropah mengenai pembinaan hubungan perkongsian damai, pertumbuhan, pembaharuan dan tamadun mempunyai erti realistik bagi jangka masa yang panjang. China dan Eropah mengintensifkan kerjasama selaras dengan kepentingan yang sama kedua-dua pihak, bahkan sangat bermakna bagi perkembangan hubungan politik dan ekonomi antarabangsa.

Mogherini menyatakan bahawa Kesatuan Eropah memegang prinsip saling memahami dan saling menghormati, dan bersedia meningkatkan interaksi strategik dengan China di samping menggalakkan kerjasama yang menyeluruh.

EU menyokong dan akan menyertai Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R).

Kedua-dua pihak bersetuju mengintensifkan kerjasama dalam bidang pelaburan ekonomi dan perdagangan, inovasi sains dan teknologi dan sosiobudaya.

Kedua-dua pihak juga bersepakat bersama-sama menggalakkan pelaksanaan Persetujuan Paris tentang perubahan iklim , menggalakkan pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China