Pengarah Urusan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) Francis Gurry berkata, China telah menjadi negara paling besar yang memohon hak paten, cap dagang dan hak reka bentuk perindustrian.
Hak harta intelek sedang menjadi enjin baharu dan jaminan bagi inovasi sains dan teknologi di China.
Demikian dinyatakan Francis Gurry dalam majlis perasmian Minggu Publisiti Hak Harta Intelek 2017 yang diadakan di Beijing semalam.
Menurut statistik Jabatan Hak Harta Intelek Negara China, jumlah permohonan paten antarabangsa China telah naik 44.7 peratus berbanding dengan tahun 2016, dengan mencatat 43.1 ribu.