Cari:
Sistem GPS Satelit Beidou China Masuki Pasaran Arab Saudi
2017-04-21 14:20:58 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Simposium Sistem Pandu Arah Sejagat (GPS) Satelit Beidou anjuran bersama Jabatan Pengurusan Sistem GPS Satelit China dan Bandar Sains dan Teknologi Raja Ahmad bin Abdullah Aziz Arab Saudi telah diadakan di Riyad, ibu negara Arab Saudi pada 18 hingga 19 April lalu.

Ini merupakan julung-julung kalinya sistem GPS satelit China memasuki pasaran Arab Saudi yang mempunyai permintaan besar terhadap produk dan aplikasi GPS.

Putera Turki al-Faisal, Pengerusi Bandar Sains dan Teknologi Raja Ahmad bin Abdullah Aziz ketika berucap dalam simposium kali ini berkata, kerjasama yang dijalinkan dengan China dalam sektor tersebut dianggap penting dalam usaha menggalakkan pelaksanaan reformasi ekonomi, mewujudkan Wawasan 2030 serta pembangunan industri-industri lain di Arab Saudi.

Li Huaxin, Duta Besar China ke Arab Saudi menyatakan bahawa kerjasama sistem GPS satelit antara kedua-dua negara turut mendorong penyelarasan pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China dengan rancangan Wawasan 2030 Arab Saudi, yang dijangka bakal menjadi daya penggerak baharu dalam kerjasama pragmatik dua hala.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China