Cari:
Lawatan Pence ke Korea Selatan, Jepun Fokus Isu Semenanjung Korea
2017-04-21 14:29:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Timbalan Presiden Amerika Syarikat (AS), Mike Pence telah mengakhiri lawatan rasminya ke Korea Selatan dan Jepun pada 16 hingga 19 April lalu.

Lawatan beliau memberikan fokus pada situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Korea pada ketika ini.

Penganalisis berpendapat, lawatan Pence kali ini bertujuan untuk menenteramkan kedua-dua negara sekutu tersebut, di samping mengenakan tekanan yang lebih besar kepada Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK).

Ini juga merupakan kali ketiga Presiden Donald Trump menghantar pegawai peringkat tinggi dalam tempoh tiga bulan yang lalu.

Hal tersebut bukan sahaja menunjukkan kerajaan Trump amat mengutamakan perikatan Korea Selatan-AS, malah memperlihatkan perselisihan masih wujud antara kedua-dua negara dalam beberapa isu utama.

Ketika menyebut isu Semenanjung Korea, Pence berkata, AS masih mencari jalan penyelesaian damai bagi menggalakkan DPRK menghentikan ujian senjata nuklear, di samping memberi amaran kepada DPRK agar tidak mengambil tindakan yang melampaui batas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China