Cari:
China dan Negara Terlibat B&R Tandatangani Lebih 130 Perjanjian
2017-04-21 14:00:41 CRI Cetak

China dan negara-negara yang terlibat dengan pembangunan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) telah menandatangani lebih 130 perjanjian dua hala atau serantau dalam bidang pengangkutan yang merangkumi pembinaan landasan kereta api, lebuh raya, pengangkutan maritim, pengangkutan udara dan pos.

Demikian dimaklumkan jurucakap Kementerian Pengangkutan China, Wu Chungeng dalam sidang media semalam.

Menurut beliau, sejak inisiatif B&R dikemukakan tiga tahun yang lalu, kesalinghubungan pengangkutan antara negara-negara terlibat telah mencapai banyak kemajuan.

Menurut maklumat, China telah memudahkan prosedur pengangkutan rentas sempadan untuk menggalakkan pengangkutan kereta api antara China dengan negara-negara Eropah.

Setakat ini, sebanyak 39 laluan kereta api beroperasi antara China dengan Eropah bagi bidang pengangkutan kargo dan pos, yang meliputi 15 buah bandar dari 10 buah negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China