Cari:
Aliran Dana Asing Keluar China Susut
2017-04-21 14:13:39 CRI Cetak

Menurut angka pendapatan dan perbelanjaan wang asing bagi suku tahun pertama tahun ini yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Wang Asing Negara China (SAFE) semalam, data-data yang menunjukkan aliran dana rentas sempadan yang keluar China semakin berkurangan, manakala bekalan dan permintaan wang asing semakin stabil.

Angka terkini menunjukkan bahawa pada suku tahun pertama tahun ini, jumlah penjelasan wang asing di bank meningkat 7 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu, dengan mencatat USD375.5 bilion (RM1.65 trilion).

Manakala, jumlah penjualan wang asing menurun 12 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu, dengan mencatat USD416.3 bilion (RM1.83 trilion). Defisit antara kedua-dua angka itu susut 67 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun lalu, dengan mencatat USD40.9 bilion (RM180 bilion).

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China