Cari:
IMF: Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China Mungkin Ditingkat
2017-04-22 13:57:32 CRI Cetak

Max Rodwell, Naib Ketua Jabatan Asia-Pasifik Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menyatakan semalam, pertumbuhan ekonomi China pada suku petama tahun ini amat kuat, maka pertubuhan itu mungkin akan meningkatkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi negara ini sepanjang tahun ini.

Kata Max, statistik pertumbuhan ekonomi China pada suku pertama tahun ini sungguh mengagumkan, terbukti dengan Jumlah Keluaran Dalam Negeri (KDNK) yang meningkat 6.9% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Difahamkan, IMF telah meningkatkan unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China yang dibuat pada bulan Januari, iaitu dari 6.5 peratus ke 6.6 peratus dalam "Laporan Unjuran Ekonomi Dunia" terkini. Di samping itu, IMF mungkin akan meningkatkan lagi unjuran terhadap pertumbuhan ekonomi China sepanjang tahun 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China