Cari:
Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat G20 Diadakan di Washington
2017-04-23 14:37:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat Kumpulan 20 (G20) diadakan di Washington, Amerika Syarikat (AS) pada 20 hingga 21 April lalu.

Mesyuarat kali ini memfokuskan isu-isu berhubung situasi ekonomi global, rangka kewangan dunia, tadbir urus ekonomi sejagat, menggalakkan pelaburan terhadap Afrika serta pembangunan dan pengawalseliaan terhadap institusi kewangan.

Delegasi China yang diketuai oleh Menteri Kewangan, Xiao Jie dan Gabenor Bank Rakyat China (PBC), Zhou Xiaochuan menyertai mesyuarat kali ini.

Xiao Jie berkata, ekonomi China dianggarkan meningkat sebanyak 6.9 peratus pada suku pertama 2017 berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2016. China berkeyakinan penuh untuk mencapai sasaran peningkatan ekonomi pada tahun ini, iaitu pada kira-kira 6.5 peratus. Hal ini diyakini akan memberikan sumbangan yang besar bagi pertumbuhan ekonomi dunia.

Zhou Xiaochuan turut menyeru pihak-pihak terlibat G20 supaya terus memberi sokongan dan bantuan untuk menggalakkan pelaksanaan inisiatif kewangan mesra alam yang telah mendapat respons positif kebanyakan negara di dunia pada ketika ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China