Cari:
135 Maut dalam Serangan di Afghanistan
2017-04-23 14:44:09 CRI Cetak

Sumber dari pihak tentera Afghanistan semalam mengesahkan bahawa kumpulan militan telah menyerang kem tentera yang terletak di Mazar-i-Sharif, ibu kota wilayah Balkh pada Jumaat lalu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 135 maut dan lebih 60 lagi cedera.

Seorang sumber dari pihak tentera Afghanistan yang engan namanya didedahkan berkata, sebuah masjid dan kantin di kem tentera tersebut diserang oleh kumpulan militan Jumaat lalu. Ketika serangan itu berlaku, askar-askar sedang bersembahyang.

Mazar-i-Sharif, yang terletak kira-kira 300 kilometer dari utara Kabul, merupakan sebuah pekan yang penting di kawasan utara negara itu. Kem tentera itu adalah pusat komando tertinggi tentera Afghanistan di kawasan utara.

Militan Taliban telah mengaku melancarkan serangan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China