Dasar membeli-belah bebas cukai telah dilaksanakan selama enam tahun di Hainan bermula 20 April 2011. Setakat ini, jumlah jualan barang-barang bebas cukai di dua buah kedai bebas cukai di Sanya dan Haikou di Hainan telah mencatat lebih RMB25.6 bilion (kira-kira RM12 bilion).
Dalam tempoh enam tahun yang lalu, dasar bebas cukai ketika meninggalkan pulau Hainan telah 4 kali diubahsuai termasuk umur pelanggan, kategori barangan bebas cukai, had jumlah pembelian dan sebagainya supaya menjadikan dasar ini lebih saintifik dan mesra pelanggan.