Jabatan Penerangan dan Penerbitan bandar Shanghai semalam telah mengumumkan Cadangan Pelaksanaan Galakan Pembangunan Kedai Buku di Shanghai. Bandar ini buat kali pertama menyenaraikan pembangunan kedai buku dalam perancangan dan pembangunan bandar.
Menurut cadangan itu, "setiap kawasan kediaman dengan penduduk seramai 80 ribu" perlu dilengkapi dengan kedai buku "sekurang-kurangnya 200 meter persegi".
Cadangan baharu ini diumumkan pada 23 April, iaitu Hari Membaca Buku Sedunia.
Menurut cadangan itu lagi, di sekitar setiap institusi pengajian tinggi (IPT), "sekurang-kurangnya dibina sebuah" kedai buku. Selain itu, pembukaan kedai buku di tempat sekitar sekolah rendah dan sekolah menengah amat digalakkan.