Cari:
Latihan Tentera Bersama AS dan Mesir
2017-04-24 13:45:09 CRI Cetak

Latihan tentera bersama Amerika Syarikat (AS) dan Mesir dijalankan di kawasan perairan Laut Merah Mesir semalam. Menurut pihak tentera Mesir, latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kemampuan koordinasi tentera Mesir dengan negara rakan.

Dalam pada itu, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain, Pakistan, Kuwait, dan Itali turut memerhati latihan ini.

Hubungan AS dan Mesir menjadi semakin erat berikutan Donald Trump menjawat jawatan Presiden AS. Setiausaha Pertahanan AS, James Mattis dalam rangka lawatan ke Mesir baru-baru ini menyatakan bahawa pihaknya komited mempergiat kerjasama pertahanan dengan Mesir bagi menghadapi cabaran di Asia Barat bahkan dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China