Cari:
China Raikan Hari Aeroangkasa China
2017-04-25 13:08:34 CRI Cetak

Pelbagai aktiviti diadakan di Pusat Angkasawan China semalam untuk meraikan Hari Aeroangkasa China kedua.

Pada pukul 8 pagi, upacara menaikkan bendera kebangsaan diadakan di dataran pusat tersebut. Selepas itu, angkasawan Jing Haipeng yang tiga kali melaksanakan misi penerbangan angkasa menerajui orang ramai bersumpah demi usaha aeroangkasa China. Kemudian 10 wakil angkasawan telah memberikan taklimat tentang pengalaman mereka.

Selain itu, gambar-gambar yang diambil oleh angkasawan China ketika melaksanakan misi penerbangan pula buat kali pertama dipamerkan di Pusat Angkasawan China.

Pada hari yang sama, angkasawan Liu Boming, Zhang Xiaoguang, Liu Yang dan Wang Yaping juga pergi ke pelbagai tempat di negara ini untuk meraikan Hari Aeroangkasa China bersama-sama para peminat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China