Cari:
Bersikap Rasional Atasi Kebuntuan di Semenanjung Korea
2017-04-25 14:43:32 CRI Cetak
Situasi di Semenanjung Korea semakin meruncing berikutan konfrontasi antara Amerika Syarikat (AS) dengan Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) pada masa ini.

Situasi seperti ini dianggap berisiko tinggi untuk mengundang bahaya, iaitu pertempuran antara kedua-dua negara pada masa depan.

Dalam pada itu, Presiden China, Xi Jinping menghubungi rakan sejawatnya dari AS, Donald Trump menerusi telefon pada sebelah pagi 24 April lalu.

Kedua-dua pihak turut membincangkan isu Semenanjung Korea dan isu-isu yang lain dalam perbincangan menerusi telefon kali kedua selepas pertemuan dua hala di Mar-a-Lago, Florida pada 6 April lalu.

Presiden Xi menegaskan bahawa China tetap menentang segala tindakan yang melanggar resolusi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC).

Pihak-pihak terlibat diharap dapat bersikap tenang untuk mengelakkan daripada meruncingkan situasi di Semenanjung Korea.

Sebelum ini, Menteri Luar China, Wang Yi menegaskan, pendirian China dalam isu nuklear Semenanjung Korea adalah konsisten dan jelas, iaitu rantau itu sepatutnya bebas daripada senjata nuklear, dan isu nuklear berkenaan harus diselesaikan melalui saluran damai. Serentak itu, China juga tetap bersedia memelihara kedamaian dan kestabilan di semenanjung ini.

Kenyataan kerajaan China terkini berhubung isu nuklear Semenanjung Korea turut menyampaikan beberapa isyarat yang penting.

Pertama, China bukanlah tumpuan dalam pertelingkahan isu Semenanjung Korea.

Isu nuklear di rantau ini sebenyarnya adalah isu keselamatan dan isu antara AS dengan DPRK.

Hala tuju perkembangan hubungan bilateral antara AS dan DPRK berkait rapat dengan sama ada isu nuklear Semenanjung Korea diselesaikan melalui saluran damai atau tidak pada masa hadapan.

Kedua, kunci utama untuk menggalakkan penyelesaian isu Semenanjung Korea tidaklah bergantung kepada China.

Dalam erti kata lain, kunci untuk penyelesian isu nuklear Semenanjung Korea terletak di tangan AS dan DPRK.

China telah berusaha gigih untuk memelihara kedamaian dan kestabilan di semenanjung ini pada tahun-tahun kebelakangan ini.

China bukan sahaja menerajui dan menganjurkan Rundingan Damai Enam Pihak berhubung isu nuklear DPRK, malah juga mengemukakan "Pendekatan Dwitrek" dan inisiatif "dua penghentian" (iaitu DPRK menghentikan pelancaran peluru berpandu nuklear, AS dan Korea Selatan menghentikan latihan tentera yang besar-besaran).

Situasi di Semenanjung Korea amat serius dan sensitif pada ketika ini. Jadi, pelbagai pihak terlibat dikehendaki berpegang kepada konsep damai dan menyampaikan suara yang rasional serta saksama, dan mengelak daripada bertindak sesuka hati. Hanya dengan demikian, barulah dapat dicari pendekatan yang efisien untuk memecahkan kebuntuan yang sedang dihadapi di rantau berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China