Cari:
Gempa Bumi Berukuran 7.1 Skala Richter Melanda Chile
2017-04-25 13:05:54 CRI Cetak

Gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter melanda kawasan perairan berhampiran dengan bandar Valparaíso, kawasan tengah Chile Isnin lalu. Setakat ini, masih belum ada kematian dan kerugian harta benda dilaporkan.

Menurut portal Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku di kawasan perairan 38 kilometer dari barat Valparaíso pada pukul 6.38 petang waktu tempatan pada kedalaman 10 kilometer.

Chile antara negara yang sering dilanda bencana gempa bumi. Gempa bumi berukuran 8.2 pada skala Richter yang melanda utara dan tengah negara itu meragut 15 nyawa dan 16 ribu orang menjadi mangsa pada 16 September tahun 2015.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China