Ini kali pertama polis China dan negara luar menjalankan rondaan bersama di negara ini. Kawasan pelancongan Tembok Besar Badaling menjadi tempat rondaan pertama. Polis China dan Itali telah bekerjasama untuk menjayakan misi kali ini.
Menurut perjanjian kedua-dua pihak, polis Itali perlu mematuhi undang-undang China dan tidak membawa sebarang senjata.
Kerjasama polis China dan Itali akan terus dijalankan. Polis China akan menjalankan rondaan di empat buah bandar di Itali, iaitu Rom, Milan, Florence dan Naples, pada awal Jun nanti.