Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China dan Jabatan Pentadbiran Tenaga Negara China bersama-sama mengeluarkan Strategi Revolusi Pengeluaran dan Penggunaan Tenaga 2016-2030 baru-baru ini.
Menurut strategi itu, kadar mampu diri tenaga China akan kekal pada 80 peratus ke atas, dan sistem jaminan keselamatan tenaga yang agak sempurna akan dibentuk menjelang tahun 2020. Menjelang 2030 pula, sistem tenaga moden akan siap dibina.
Strategi itu menyebut, kempen penjimatan tenaga di kalangan rakyat, penggunaan arang batu yang mesra alam, serta kerjasama tenaga dalam rangka inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) akan menjadi diberi keutamaan.
Seiring dengan pembangunan ekonomi China, penggunaan tenaga pula terus meningkat. Pada akhir tahun 2016, pengeluaran tenaga China mencatat 3.46 bilion tan arang batu standard (TCE) dan penggunaan tenaga pula mencatat 4.36 bilion TCE, kedua-dua angka ini masing-masing menduduki tempat pertama di dunia.
Walau bagaimanapun, pembangunan tenaga China masih menghadapi pelbagai masalah dan cabaran, seperti kekurangan sumber yang berkualiti tinggi, taburan yang kurang seimbang, sistem ekologi yang lemah dan sebagainya.