Kapal angkasa lepas kargo Tianzhou-1 berjaya menamatkan misi untuk mengisi bahan pendorong untuk makmal angkasa Tiangong-2 dalam orbit kali pertama pada pukul 7.07 malam tadi. Ini menandakan misi penerbangan Tianzhou-1 telah mencapai kejayaan.
Dengan menguasai teknologi mengisi bahan pendorong dalam orbit, masalah pembekalan tenaga dalam proses membina dan mengoperasikan stesen angkasa China sendiri telah berjaya diatasi. China menjadi negara ketiga di dunia yang menguasai teknologi canggih tersebut.
Kejayaan misi penerbangan Tianzhou-1 menandakan fasa kedua projek penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan China telah tamat, China berjaya memasuki era stesen angkasa.
Menurut rancangan, Tianzhou-1 akan menjalankan misi mengisi bahan pendorong kali kedua pada pertengahan atau akhir bulan Jun nanti.