Cari:
Jepun: TPP Dilaksanakan Tanpa AS
2017-04-27 14:50:30 CRI Cetak

Sebanyak 11 buah negara yang terlibat dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan mengadakan perbincangan tentang perjanjian itu pada Mei nanti.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di New York, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Ucapan beliau mendedahkan bahawa mesyuarat peringkat menteri yang bakal diadakan di Vietnam pada penghujung Mei nanti akan membincangkan isu TPP yang tanpa penglibatan AS.

Menurut laporan media Jepun, Menteri Dasar Ekonomi dan Kewangan Jepun, Ishihara Nobuteru dan Menteri Perdagangan dan Pelaburan Australia, Steven Ciobo telah mencapai persepakatan tentang TPP ketika mengadakan rundingan pada 18 April lalu. Ishihara menyatakan, kedua-dua pihak juga mencapai persepakatan tentang menenajui perbincangan berkenaan pada masa depan. Jepun dan Australia akan berusaha supaya TPP akan terus dilaksanakan tanpa penglibatan AS.

Dalam perkembangan yang berkaitan, Agensi Berita Kyodo Jepun mengulas bahawa Vietnam dan Malaysia amat mementingkan penglibatan AS dalam TPP, demi menembusi pasaran AS.

Agensi Berita Reuters Britain pula melaporkan, Menteri Kewangan Mexico menyatakan, pihaknya dan negara-negara anggota yang lain mungkin akan menilai semula baik buruknya pelaksanaan TPP tanpa AS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China