Cari:
eWTP Alibaba Sediakan Peluang untuk PKS Global
2017-04-28 14:38:46 CRI Cetak

Menjelang Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) yang akan diadakan di Beijing pada bulan Mei nanti, Kumpulan Alibaba China kini sedang berusaha untuk menggalakkan pembinaan platform e-dagang dunia (eWTP). Ia yang dikenali sebagai Jalan Sutera Digital akan menyediakan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di seluruh dunia untuk terlibat dalam perdagangan global.

Konsep eWTP ini dianjurkan oleh Pengerusi Lembaga Pengelola Kumpulan Alibaba China, Ma Yun (Jack Ma) pada tahun 2016.

Pembinaan e-hab pertama eWTP itu ditetapkan di Malaysia pada bulan Mac lalu. Sebuah hab logistik antarabangsa akan dibina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menyediakn perkhidmatan logistik, simpanan, kastam, perdagangan dan kewangan kepada PKS di Malaysia.

Selain itu, e-hab di Malaysia itu akan menggunakan teknologi Ali Cloud dan data besar untuk menyokong pembangunan syarikat inovatif tempatan, dan melatih tenaga manusia dalam bidang ekonomi digital. Kumpulan Alibaba berharap model e-hab di Malaysia itu dapat dicontohi dalam pembinaan e-hab di pelbagai tempat di dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China