Cari:
Merkel: EU Bersikap Tegas Bagi Brexit
2017-04-28 10:54:47 CRI Cetak

Canselor Jerman, Angela Merkel berkata, selepas keluar daripada Kesatuan Eropah (EU), Britain selaku negara bukan anggota tidak akan menikmati hak yang sama seperti negara anggota lain. Beliau turut mengingatkan orang Britain agar "janganlah mempunyai lagi khayalan dalam hal ini".

Beliau berkata demikian sempena sidang kemuncak khas EU mengenai rundingan Britain keluar daripada EU, atau Brexit pada 29 April ini.

Merkel berkata 27 negara anggota EU kecuali Britain sudah mencapai persetujuan tentang hal tersebut. Mereka akan membincangkan pelan rundingan dengan Britain dalam sidang kemuncak tersebut.

Merkel menegaskan kepentingan rakyat EU akan diutamakan dalam proses rundingan Brexit.

Namun beliau juga menjelaskan bahawa EU dan Britain akan berusaha mengekalkan hubungan yang rapat, baik dan saling percaya selepas Britain keluar daripada EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China