Cari:
AS: Ujian Terkini Peluru Berpandu DPRK Tak Menjadi Ancaman
2017-04-29 14:57:53 CRI Cetak

Pusat Komando Pasifik tentera Amerika Syarikat (USPACOM) telah mengesan pelancaran peluru berpandu oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) terkini pada pukul 4.33 awal pagi tadi waktu tempatan, di kawasan Bukchang, Pyeongannam-do.

Demikian disahkan oleh Jurucakap UCPACOM, Dave Benham dalam sebuah kenyataan.

Berdasarkan kenyataan itu, peluru berpandu yang dilancarkan kali ini tidak meninggalkan wilayah DPRK. Pusat Komando Pertahanan Udara Amerika Utara menganggap pelancaran itu tidak menjadi ancaman setelah membuat penilaian.

DPRK pernah melancarkan sebuah peluru berpandu pada 16 April lalu. Namun menurut pihak tentera Korea Selatan dan AS, peluru berpandu itu meletup sebaik sahaja dilancarkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China