Cari:
China Bentangkan Pandangan dalam Isu Nuklar Semenanjung Korea
2017-04-29 14:51:22 CRI Cetak

Masyarakat antarabangsa patut meningkatkan usaha mencegah peluasan senjata nuklear dan menggalakkan rundingan damai, mendorong penyelesaian damai isu nuklear Semenanjung Korea. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika berucap dalam Mesyuarat Terbuka Menteri-menteri Luar Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai isu nuklear Semenanjung Korea di New York semalam.

Wang Yi menyatakan, China selalu mengekalkan dua dasar asas. Yang pertama, mengekalkan sasaran Semenanjung Korea bebas daripada nuklear. China menentang Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) menyelidik dan memiliki senjata nuklar. China secara tegas melaksanakan resolusi Majlis Keselamatan PBB berkenaan. Yang kedua, mengekalkan penyelesaian isu nuklear Semenanjung Korea melalui dialog. Dialog dan rundingan merupakan satu-satunya pilihan yang bijaksana.

Beliau menambah, fakta dan sejarah membuktikan bahawa sekiranya rundingan diadakan, situasi di Semenanjung Korea kekal stabil. Ketika rundingan dihentikan, situasi akan berkembang ke arah hilang kawalan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China