Cari:
Wang Yi Ditemui Antonio Guterres
2017-04-29 14:56:42 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah ditemui Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sempena sidang peringkat menteri mengenai isu nuklear Semenanjung Korea, Majlis Keselamatan PBB di New York semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Wang Yi berkata, China menyokong fahaman pelbagai hala yang berpusatkan PBB. PBB sebagai pertubuhan antarabangsa yang paling berwibawa dan bolehpercaya, perlu memainkan peranan yang lebih penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan dunia serta mendorong pembangunan manusia.

Wang Yi berkata, inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) dikemukakan untuk mendorong penyimbangan semula proses globalisasi ekonomi dan membina dunia yang berkongsi masa depan. Ia telah mendapat sokongan yang meluas daripada masyarakat antarabangsa.

Beliau berkata, China mengalu-alukan Guterres menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangasa B&R, dan berharap forum ini dapat menghantar isyarakat terbuka, inklusif, dan kerjasama untuk menang-menang kepada masyarakat antarabangsa. China bersedia mengambil peluang ini untuk meningkatkan kerjasama dengan PBB dan pelbagai pihak untuk melaksanakan agenda pembangunan mapan 2030 dan perubahan iklim.

Guterres pula berkata, beliau menanti-nantikan untuk menghadiri forum tersebut di China. China telah memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dunia dan mendorong keselamatan serta kemakmuran bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China