Cari:
Lima Maut Letupan Bom Kereta di Baghdad
2017-04-29 15:01:23 CRI Cetak

Pihak polis Iraq semalam mendedahkan bahawa lima orang maut, manakala 10 lagi cedera dalam serangan bom kereta di Karrada, pusat bandar Baghdad pada malam Jumaat lalu waktu tempatan.

Menurut sumber dari pihak polis tempatan, serangan bom kereta di berlaku di tempat letak kereta Biro Pengawalan Trafik Daerah Karrada. Karrada yang terletak di pantai timur Sungai Tigris ialah sebuah kawasan komersial yang sibuk di Baghdad pada masa dahulu. Beberapa ratus orang mati atau cedera dalam dua kes serangan letupan bom kereta di daerah itu pada Julai tahun yang lalu.

Kini, tentera kerajaan Iraq sedang menjalankan tugas menghapuskan kumpulan ekstremis Negara Islam (IS)di utara negara itu termasuk Mosul.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China