Cari:
China Kongsikan Pengalaman Pembasmian Kemiskinan dengan Dunia
2017-04-30 14:37:38 CRI Cetak

Seminar Rakan Pembasmian Kemiskinan Global diadakan di Kementerian Luar Itali kelmarin. Para peserta telah berkongsi pengalaman dalam pembasmian kemiskinan serta cabaran yang dihadapi bersama-sama. Seminar tersebut juga memuji pengalaman China dalam bidang tersebut.

China merupakan negara membangun yang pertama yang lebih awal mecapai sasaran mengurangkan separuh populasi miskin menurut Matlamat Pembangunan Milenium.

Naib Ketua Pengarah Pusat Berita Internet China, Li Fugen menyatakan bahawa kerajaan China telah membentuk pangkalan data kes pembasmian kemiskinan dalam dan luar negara serta melukis gambar struktur model pembasmian kemiskinan China bagi berkongsi pengalaman dengan dunia.

Laman sesawang perkongsian pengetahuan tentang pembasmian kemiskinan kerjasama Selatan-Selatan telah dirasmikan pada bulan Mei lalu. Laman sesawang itu dianjurkan oleh Bank Dunia, disokong oleh Bank Pembangunan Asia dan dikendalikan oleh Portal Pembangunan China di bawah Pusat Berita Internet China dan Pusat Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa China. Ia menjadi hab maklumat pengalaman pembasmian kemiskinan dan pembangunan China dan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China