Cari:
Dron Canggih China Diperkenal ke Brazil
2017-05-01 15:37:37 CRI Cetak

Kerajaan Sao Paulo, Brazil mengumumkan dron buatan China yang dilengkapi sistem pemantauan dan kamera mudah alih canggih akan diperkenalkan ke Sao Paulo bagi meningkatkan kemampuan polis tempatan dalam menangani keadaan kecemasan.

Hal ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha mengetengahkan dron buatan China di pasaran Amerika Latin.

Menurut Datuk Bandar Sao Paulo, dron yang dihasilkan oleh Syarikat Dahua China itu boleh meningkatkan kemampuan polis dalam menangani kecemasan, khususnya di tempat-tempat yang padat dengan orang ramai.

Beliau turut yakin bahawa usaha membawa masuk produk dan teknologi China berkenaan dapat membantu meningkatkan keefisienan dalam pengurusan awam serta pembangunan bandar berorientasikan teknologi digital.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China