Menurut laporan firma akauntan antarabangsa yang terkenal, Klynveld Peat Marwick Goerdeler (KPMG), jumlah pelaburan China di Australia mencatat USD11.6 bilion (RM47.32 bilion) pada 2016, meningkat 11.7% berbanding dengan tahun sebelumnya dan mencipta rekod tertinggi sejak tahun 2008.
Menurut laporan yang dikeluarkan bersama oleh Universiti Sydney dan KPMG itu, syarikat China dan Australia telah menandatangani sebanyak 103 urus janji pada tahun lalu. Australia masih merupakan destinasi pelaburan kedua terbesar bagi China selepas Amerika Syarikat.
Antaranya, pelaburan dalam hartanah komersial, yang merupakan sektor paling popular bagi syarikat China, menduduki 36 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan syarikat berkenaan di Australia.