Perbicaraan awal kali pertama terhadap mantan Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye telah diadakan semalam.
Walau bagaimanapun, Park Geun-hye tidak menghadiri perbicaraan tersebut. Peguam bela yang mewakili beliau telah menafikan semua pertuduhan.
Peguam berkenaan juga menyatakan kesediaan untuk memberikan jawapan secara rasmi selepas meneliti pertuduhan pihak pendakwa raya yang mempunyai 120 ribu halaman.
Pihak Geun-hye juga menuntut pihak pendakwa raya memberikan penjelasan lanjut mengenai butiran pertuduhan, termasuk syarikat atau pegawai syarikat yang menjadi mangsa akibat penyalahgunaan kuasa dan dana dalam kes tersebut.
Tribunal bercadang untuk mengadakan perbicaraan peringkat awal sekali lagi pada 16 Mei nanti.
Manakala, perbicaraan rasmi yang perlu dihadiri oleh defendan bakal diadakan pada 23 Mei ini.