Cari:
Isu Laut China Selatan Bukan Masalah China-AS
2017-05-04 15:06:41 CRI Cetak

Isu Laut China Selatan bukan masalah antara China dengan Amerika Syarikat (AS).

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang media di Beijing semalam.

Dilaporkan, Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson akan mengadakan pertemuan tidak rasmi dengan menteri-menteri luar ASEAN di Washington pada 4 Mei waktu tempatan yang dijangka turut membincangkan isu Laut China Selatan, khususnya tuntutan kedaulatan China.

Ketika mengulas laporan itu, Geng berkata, isu Laut China Selatan merupakan masalah antara China dengan sebahagian negara ASEAN.

Isu tersebut bukan masalah antara China dengan ASEAN, bukan masalah antara China dengan AS, malah bukan masalah antara AS dengan ASEAN.

Kini, situasi di Laut China Selatan semakin baik dan stabil hasil usaha bersama China dengan negara-negara ASEAN.

Oleh itu, usaha tersebut perlu dihargai dan dikekalkan.

China juga berharap agar negara di luar rantau menghormati kesungguhan negara-negara serantau dalam memelihara keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China