Cari:
EC Kemuka Usul Rundingan Brexit
2017-05-04 15:12:27 CRI Cetak

Suruhanjaya Eropah (EC) menyerahkan usul kepada Majlis Kesatuan Eropah (EU) mengenai rundingan dengan Britain berhubung dengan isu Brexit, dan menuntut supaya hak dan kepentingan penduduk diutamakan dalam rundingan tersebut.

Usul itu menegaskan usaha melindungi kedudukan dan hak 3.2 juta rakyat EU di Britain serta 1.2 juta rakyat Britain yang tinggal di 27 negara EU.

Mengenai isu sempadan Ireland pula, rundingan berkenaan tidak boleh menjejaskan Perjanjian Damai Ireland Utara yang dicapai pada tahun 1998.

Usul itu adalah usul tambahan dalam panduan rundingan Brexit yang diluluskan oleh pemimpin 27 negara anggota EU pada 29 April lalu.

Majlis EU dijangka meluluskan usul tersebut pada 22 Mei ini dan memulakan rundingan dengan Britain selepas pilihan raya Britain pada 8 Jun nanti.  

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China