Salinan manuskrip kitab suci al-Quran tertua etnik Salar yang masih disimpan di China diterbitkan secara rasminya di bandar Xining, provinsi Qinghai hari ini.
Kitab suci tersebut adalah bukti sejarah kemakmuran Jalan Sutera pada zaman purba, selain disifatkan sebagai amat berharga kerana telah menyaksikan sejarah etnik Salar selama 800 tahun.
Para ulama berpendapat, kitab suci itu merupakan satu daripada tiga manuskrip al-Quran tertua di dunia yang masih disimpan.