Cari:
B&R Demi Situasi Menang-Menang
2017-05-06 15:27:58 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhabar semalam menyatakan, walaupun inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) dikemukakan oleh China, tetapi proses pembinaannya memerlukan penyertaan pelbagai pihak, berdasarkan prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi demi keuntungan bersama.

Menjelang Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R, terdapat media barat yang berpendapat inisiatif B&R bukan untuk situasi menang-menang, sebaliknya "dikuasai" oleh China. Berhubung dengan hal tersebut, Geng Shuang berkata, sejak China mengemukakan inisiatif B&R, terdapat lebih 100 negara dan pertubuhan antarabangsa yang menyuarakan sokongan terhadap inisiatif tersebut, manakala lebih 40 negara dan pertubuhan antarabangsa telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan China.

Negara-negara di kawasan B&R giat menjalankan projek kerjasama yang berkaitan dan mencapai kemajuan yang memuaskan. Geng berkata, jika inisiatif itu betul-betul "dikuasai" oleh China dan pihak lain tidak dapat berkongsi faedah, mereka tidak akan menyertainya dengan begitu aktif. Beliau turut menegaskan, China bersedia bersama-sama dengan pelbagai pihak untuk menjayakan sidang kemuncak tersebut bagi memberi kedinamikan baharu kepada pelaksanaan inisiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China