Cari:
DPRK Kecam AS Uji ICBM
2017-05-06 15:17:03 CRI Cetak

Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) semalam mengecam AS kerana kerap kali menjalankan ujian pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) baru-baru ini, dan menganggap tindakan AS itu menegangkan lagi situasi di Semenanjung Korea.

Jurucakap Institut Pengajian AS, Kementerian Luar DPRK mendakwa bahawa AS dan Korea Selatan telah mengerahkan banyak aset nuklear strategik bagi melancarkan latihan ketenteraan bersama yang berskop paling besar dalam sejarah. Selain itu, AS telah menjalankan ujian pelancaran ICBM sekali lagi pada 3 Mei lalu selepas ujian sama pada 26 April lalu.

Menurut jurucakap itu, walaupun AS mendakwa ujian pelancaran itu telah dirancangkan pada setahun lalu, dan tidak mempunyai kaitan dengan isu nuklear dan pelancaran peluru berpandu DPRK, namun media antarabangsa tetap bimbang bahawa tindakan AS bakal memburukkan lagi situasi Semenanjung Korea.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China