Cari:
ADB Diseru Galak Perkongsian Hasil Globalisasi
2017-05-07 17:30:01 CRI Cetak

Sidang tahunan ke-50 Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Asia (ADB) diadakan di Yokohama, Jepun pada 4 hingga 7 Mei ini.

Menteri Kewangan China, Xiao Jie ketika menyampaikan ucapan dalam sidang itu menyeru agar ADB dapat memainkan peranan positif dalam usaha membolehkan seluruh rakyat di rantau Asia berkongsi hasil globalisasi ekonomi.

Para peserta sebulat suara bahawa ASB perlu memperkasakan kerjasama dengan negara-negara yang berpendapatan tinggi dan sederhana, menaikkan taraf integrasi ekonomi serantau, serta meningkatkan peruntukan dalam bidang infrastruktur, kesihatan dan pendidikan.

Dalam pada itu, Xiao menyatakan bahawa kerjasama serantau yang diusahakan ADB amat sepadan dengan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China. Beliau berharap ADB dapat meningkatkan penyelarasan strategi dengan pihak-pihak yang terlibat dalam B&R untuk mendorong kesalinghubungan dan kerjasama serantau.

Tegas beliau lagi, China bersedia terus memperkasakan kerjasama komprehensif dengan ADB, untuk bersama-sama mengurangkan kemiskinan di Asia demi kemakmuran bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China