Cari:
Leung Chung-Ying Ucap Tahniah atas Kejayaan Penerbangan Sulung C919
2017-05-07 15:50:16 CRI Cetak

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong China, Leung Chung-Ying mengucapkan tahniah atas kejayaan penerbangan sulung pesawat C919.

Leung Chung-Ying dalam blognya menyatakan, pesawat penumpang besar pertama buatan China, C919 berjaya menjalankan penerbangan sulungnya di lapangan terbang Pudong, Shanghai Jumaat lalu. Beliau, bagi pihak kerajaan SAR, mengucapkan tahniah atas kejayaan signifikan itu.

Kata beliau, keupayaan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) pesawat penumpang besar merupakan tanda penting taraf sains dan teknologi dalam bidang penerbangan sesebuah negara.

Pembangunan pesawat penumpang besar mengikut standard antarabangsa adalah satu impian yang diidamkan oleh rakyat China, dan kini impian itu telah menjadi kenyataan.

Beliau turut menggalakkan golongan pemuda Hong Kong giat menyertai pembangunan industri penerbangan tanah air.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China