Menurut Jabatan Kawal Selia Arang Batu Hebei, kapasiti pengeluaran tahunan arang batu Hebei dijangka dikurangkan ke 70 juta tan menjelang tahun 2020, manakala jumlah pengeluaran tahunan dihadkan kepada kira-kira 50 juta tan.
Dalam pada itu, syarikat pengeluaran arang batu di seluruh provinsi juga akan dikawal supaya tidak melebihi 20 buah syarikat.
Tindakan demikian bertujuan untuk menangani masalah lebihan kapasiti industri di provinsi tersebut.