Cari:
Rizab Pertukaran Asing China Naik Tiga Bulan Berturut-turut
2017-05-08 14:20:23 CRI Cetak

Menurut statistik Bank Rakyat China semalam, rizab pertukaran asing China mencatat USD3.0295 trilion (RM13.1 trilion) pada penghujung bulan April, naik bagi tiga bulan berturut-turut.

Pegawai Biro Pentadbiran Wang Asing China (SAFE) berkata, aliran modal rentas sempadan China pada bulan April berada pada kedudukan seimbang, manakala bekalan dan keperluan pertukaran asing pula semakin seimbang.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa pada penghujung bulan April, rizab pertukaran asing China bertambah USD20.4 bilion (RM88.4 bilion) berbanding dengan bulan Mac lalu, meningkat sebanyak 0.7 peratus.

Sejak awal tahun ini, ekonomi makro China terus berkembang dengan stabil. Pertumbuhan ekonomi menunjukkan prestasi baik dengan kadar pertumbuhan sebanyak 6.9 peratus pada suku tahun pertama tahun ini, meningkat 0.1 peratus berbanding dengan suku tahun keempat pada tahun lalu.

Sehubungan dengan itu, indeks ekonomi yang melibatkan pelbagai bidang secara keseluruhannya menunjukkan kemajuan yang memberangsangkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China